Betul atau Auta?? Burung Cenderawasih

Kisah tentang burung Cenderawasih ini yang cukup cantik bulunya hinga terdapat pihak tertentu yang mempercayai burung cenderawasih kononnya berasal dari kayangan?

Malah ia tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi sepanjang hidupnya melainkan untuk mati. Pelbagai cerita mistik dan misteri diceritakan mengenai cenderawasih dan ia disebarkan menerusi lisan sehingga ramai berasa taksub apabila mendengar keajaiban burung tersebut.

Lebih membingungkan adalah bangkai burung itu dipercayai tidak akan reput? Seluruh badanya termasuk isu perut dan bulunya mempunyai khasiat misteri untuk perubatan . Malah bulu pelepahnya dapat dijadikan pelaris menyebabkan ramai pihak sanggup membayar ribuan ringgit untuk memdapatkan bangkai hidupan itu?

Benarkan dakwaan ini ??

GPB ada membaca satu buku dan beliau telah merungkai satu teori yang mungkin boleh dijadikan panduan kita. Menurut penulis berkenaan dakwaan bahawa cenderawasih berasal dari kayangan dan syurga adalah karut kerana burung itu boleh didapati di dunia ini !

Di mana lokasinya ? Menurut kajian penyelidik , burung ini berasal dari kawasan hutan tropika iaitu di Australia Timur , Irian Jaya , Kepulauan Maluku ( Makasar ) dan Papua New Guinea .

Malah kat Taman Burung KL pun ada dipamerkan 3 ekor cenderawasih dari spesies Paradise Apoda tahun 2001. Kajian juga mendapati cenderawasih dikelaskan kepade 43 jenis spesies yang berbeza

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*